Wednesday, December 4, 2013

Undian Piala Dunia 2014

COSTA DO SAUIPE, Brazil 4 Dis. - Sebanyak 32 pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan diundi mengikut lapan kumpulan bagi pusingan pertama Jumaat ini.
Bekas pertama undian terdiri daripada lapan pasukan pilihan utama yang kemudiannya akan dipecahkan kepada Kumpulan A sehingga H.
Baki bekas-bekas yang lain dibuat dengan mengambil kira kriteria geografi.
Berikut kedudukan pasukan menjelang undian:
Bekas 1 (lapan pasukan pilihan): Brazil, Sepanyol, Argentina, Belgium, Colombia, Jerman, Switzerland, Uruguay
Bekas 2: Ivory Coast, Ghana, Algeria, Nigeria, Cameroon, Chile, Ecuador
Bekas 3: Jepun, Iran, Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Mexico, Costa Rica, Honduras
Bekas 4: Bosnia, Croatia, England, Greece, Itali, Belanda, Portugal, Rusia, Perancis
- Agensi

Sunday, December 1, 2013

Bintang 'Fast And The Furious' Maut Dalam Nahas Jalan Raya


Paul Walker
KHABAR duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu.
Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup
Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.
Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar. - MSTAR

Remaja perempuan dibunuh, dua adik ditemui mati

ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.
"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.
Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.
Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.
Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di sungai Pekan Langgar di sini petang ini. - BERNAMA/UTUSAN