Wednesday, November 20, 2013

Ronaldo Bawa Portugal Ke Aksi Piala Dunia 2014


Ronaldo menyumbat tiga gol sekaligus menewaskan Sweden 3-2 pada aksi play-off Piala Dunia, Rabu.
CRISTIANO Ronaldo membawa negaranya, Portugal ke Piala Dunia di Brazil 2014 selepas mengecewakan Sweden dengan jaringan hatrik 3-2 pada aksi play-off awal pagi Rabu.
Ronaldo membuka jaringan pertama pada babak kedua permainan (m-50) sebelum bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic menyamakan kedudukan minit ke-68.
Minit ke-73, Ibrahimovic sekali lagi menambah gol untuk mendahului Portugal sekaligus memberi harapan untuk pasukannya menempah tiket ke Piala Dunia.
Namun impian Ibra untuk beraksi di Brazil musnah apabila Ronaldo menyumbat dua gol pada minit 77 dan 79 permainan.
Sementara itu, tiga lagi perlawanan play-off yang berlangsung pagi Rabu menyaksikan Perancis menewaskan Ukraine 3-0.
Croatia juga turut mengesahkan kedudukan ke Piala Dunia dengan menewaskan Iceland, 3-2.
Manakala Romania terpaksa berputih mata selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Greece.
Romania gagal menambah jaringan selepas terikat seri 1-1 dalam tempoh perlawanan.

Usain Bolt & Shelly-Ann, Atlet Terbaik Dunia 2013

Usain Bolt & Shelly-Ann bersama trofi anugerah masing-masing. -foto EPA
PELARI pecut Jamaica Usain Bolt dan Shelly-Ann Fraser- Pryce masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik Dunia 2013 dan Atlet Wanita Terbaik Dunia 2013 oleh Persekutuan Olahraga Amatur Dunia (IAAF) pada satu majlis di Monaco pada Sabtu.
Bolt memenangi emas dalam acara 100 meter, 200 dan 4x100 meter di kejohanan dunia di Moscow pada bulan Ogos menjadikan jumlah lapan pingat emas dan dua perak dikutip pada kejohanan tersebut, sekali gus mengangkat beliau beliau sebagai atlet yang paling berjaya dalam sejarahnya.
Pelari pecut berusia 27 tahun ini juga mempunyai enam pingat emas Olimpik dan memegang rekod dunia 100 dan 200 meter, memenangi anugerah IAAF bagi musim ketiga berturut-turut dan kali kelima dalam tempoh enam tahun.
"Musim ini akan menjadi satu musim untuk mencipta rekod dunia (200m )," kata Bolt, membayangkan bahawa masa di bawah 19 saat adalah sasarannya. Rekod dunia semasa adalah 19.19 saat.
Rakan senegara, Shelly-Ann merangkul pingat emas dalam tiga acara yang sama di Moscow, setelah sebelum ini memenangi dua pingat emas dan dua perak dan juga merupakan juara pecut Olimpik.
Ini merupaka anugerah Atlet Terbaik Dunia yang pertama bagi atlet berusia 26 tahun ini dan ia juga merupakan kali pertama sejak kejayaan Britain pada tahun 1993 yang mana dua atlet dari negara yang sama telah memenangi anugerah dalam tahun yang sama.
"Saya terkejut dan teruja. Ia adalah sesuatu yang telah menjadi impian saya," kata Shelly-Ann , yang menjadi wanita Jamaica kedua memenangi anugerah itu selepas Merlene Ottey pada tahun 1990.
Bolt dan Shelly-Ann juga menerima hadiah sebanyak AS$100,000.

Sunday, November 3, 2013

8 Fakta Penting Tentang Kanser Payudara


8 Fakta Penting Tentang Kanser Payudara

1. Mengapa payudara terasa sakit ketika haid? Payudara wanita merupakan organ seksual kedua yang dipengaruhi oleh hormon estrogen. Ketika haid, secara hormon menjadi tidak seimbang yang membuat payudara akan terasa penuh, mengeras, atau membesar, dan terasa sakit bila disentuh.

2. Normalkah bila ukuran payudara kanan dan kiri tidak sama? Saiz payudara ditentukan oleh seberapa banyak jaringan lemak yang dimiliki di payudara. Kebanyakan, bentuk payudara memang berbeza antara kiri dan kanan. Hanya kadar perbezaannya pada setiap orang tidak sama. Hal ini cukup normal. Tapi perlu diwaspadai jika anda mencari perubahan bentuk atau saiz payudara yang radikal.

3. Menyusui boleh mengurangkan risiko kanser payudara? Beberapa kajian menyatakan, menyusukan bayi selama 27-52 minggu dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
4. Rutin bersenam dapat mengurangkan risiko kanser payudara? Sukan selama empat jam setiap minggu boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 30%. Kerana itu, American Cancer Society menganjurkan para wanita untuk bersenam selama 45-60 minit setiap hari.

5. Apakah tanda-tanda kanser payudara? Tidak hanya untuk kanser payudara, garis panduan mengesan kanser…
– Waktu buang air kecil: adakah gangguan atau perubahan kebiasaan?
– Alat cerna terganggu atau sukar menelan
– Suara serak atau batuk yang tak kunjung sembuh
– Payudara atau bahagian lain memperlihatkan benjolan
– Tahi lalat) yang berubah sifat, makin besar atau gatal
– Darah atau lendir yang tidak normal yang keluar dari tubuh
– Adanya luka yang tidak mahu sembuh

6. Kenapa kanser payudara majoriti menyerang wanita? Angka kejadian kanser payudara yang menyerang lelaki dan wanita adalah 1:100. Majoriti menyerang wanita kerana masalahnya lebih banyak ada pada hormon estrogen dan progesteron. Namun, bila menyerang lelaki, perjalanan penyakitnya menjadi lebih cepat. Perkara ini disebabkan kerana rangkaian sekitar payudara lelaki tidak setebal wanita.

7. Mungkinkah kanser akan sembuh sepenuhnya? Istilah ini kurang tepat. Akan lebih tepat bila memakai istilah 5 year survival rate (angka kelangsungan hidup dalam 5 tahun selepas didiagnosis kanser). Lamanya bergantung pada ciri-ciri tumor, ada-tidaknya penyebaran ke kelenjar nodus limfa, dan ada tidaknya ‘sebaran’ yang biasa disebut stage TNM (tumor, nod, metastasis).

8. Seperti apa kes apabila payudara harus diangkat? Ada beberapa prosedur pelantikan payudara yang bergantung pada stage kanser, iaitu mastektomi radikal klasik, radikal pengubahsuaian, dan simpel. Perbezaan prosedur ini terletak pada banyaknya jaringan kulit, kelenjar, otot dan limfa yang diangkat. Prinsip dasarnya adalah mengangkat sebanyak mungkin sel kanser beserta struktur yang diyakini sudah diserang. Dengan adanya pengangkatan payudara diharapkan kanser tidak merebak ke struktur lain.



Kopi kurangkan risiko kanser hati

AMALAN minum tiga cawan kopi setiap hari dipercayai dapat merendahkan risiko menghidap kanser hati sehingga 50 peratus.
Sekumpulan penyelidik perubatan dari Itali turut mendapati bahawa minuman berkafein itu dapat menurunkan risiko sejenis kanser hati iaitu karsinoma hepatoselular (HCC) sehingga 40 peratus.
Menurut ketua pengkaji, Dr. Carlo La Vecchia, minuman itu juga terbukti dapat menghindarkan pesakit daripada penyakit diabetes yang menjadi salah satu punca kanser hati.
"Keputusan penyelidikan ini membuktikan bahawa tabiat meminum kopi dapat memberi manfaat kepada tubuh.
"Bagaimanapun, sejauh mana amalan meminum kopi dalam mencegah penyakit tersebut masih belum dapat dipastikan," katanya dalam laporan Clinical Gastroenterology and Hepatology.
Artikel Penuh 
Hakcipta terpelihara 


p/s: Setiap pagi sebelum pergi keje layan kopi McDonald dulu. memang terangkat.

Payudara lebih cepat tua


Tisu payudara wanita dikatakan menjadi lebih cepat berusia berbanding yisu pada organ-organ lain. Menurut pakar penyelidikan genetik manusia dan biostatik Universiti California, Los Angeles, Amerika Syarikat, Steve Horvath, berbeza dengan organ lain seperti otak, jantung, paru-paru dan buah pinggang, payudara lebih cepat dimakan usia.

Jelasnya, jaringan tisu payudara yang sihat berumur antara dua hingga tiga tahun lebih tua berbanding organ-organ tersebut.

"Apabila seorang wanita menghidap kanser payudara, maka jaringan tisu disekitarnya akan berusia sekitar 12 tahun lebih tua berbanding organ lain. Hal ini sekaligus menjelaskan mengapa golongan wanita lebih mudah terdedah kepada kanser payudara." kata Horvath.

Penyelidikan tersebut dibuat ke atas 8000 sampel daripada 51 jenis tisu dan sel yang diambil daripada beberapa bahagian badan.

p/s: Kajian ada menyatakan memandang payudara wanita sekerap mungkin akan memanjangkan umur. betul ke? tepuk dada tanya selera.

PENDIDIKAN: KPM tolonglah dengar keluhan guru-guru

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.
Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.
Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan.
Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara.
Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”
Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya.
Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah.
Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini.
Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.
Apa yang lemahnya dengan sistem ini?
Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik:
(i) untuk menilai potensi murid,
(ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan
(iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.
Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa.
Sistem Pangkalan Data PBS Lemah Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam.
Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran.
Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.
Aduh!!! Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.
Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.
Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.
Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem.
Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang?
Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?
Maka dari sinilah, guru selalu bertanya, siapakah yang membangunkan sistem ini?
Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru?
Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.
Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD.
Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan.
Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain.
Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu ‘hanged’ sehingga menyebabkan guru tertekan.
Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita.
Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.
Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching’. Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna.
Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.
Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Sumber Internet

SUKAN: Malam Penentuan


Bismillah-hir-rahmanir-rahim.
Aku mulakan blog aku dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di antara pasukan Pahang dan Kelantan. Dua pasukan daripada Pantai Timur dan juga pasukan yang berada dalam kumpulan yang sama pada peringkat kumpulan.
Kelantan mara ke final selepas menewaskan pasukan ATM dengan satu pertemuan yang cukup dramatik. Kelantan mara dengan aggregat 4-3. Manakala pasukan Pahang menewaskan Sarawak dengan aggregat 4-2 walaupun mencatatkan keputusan seri di Stadium Negeri Sarawak.
Papehal pun malam ni 90 minit akan menjadi penentu siapakah yang bakal bergelar juara Piala Malaysia 2013. Perlawanan juga boleh ditonton secara streaming di http://www.ubolanetworktv.com/.